Moderna bina pusat pembuatan vaksin baharu di UK


Moderna akan membina pusat bagi membangunkan dan menghasilkan vaksin mRNA untuk penyakit berkaitan pernafasan termasuk Covid-19 di UK. – Gambar EPA, 22 Jun, 2022.

MODERNA dan kerajaan UK hari ini mengumumkan perjanjian untuk firma bioteknologi AS bagi membina pusat termaju membangunkan dan menghasilkan vaksin mRNA untuk penyakit berkaitan pernafasan termasuk Covid-19.

Syarikt itu dan kementerian kesihatan dalam satu kenyataan berkata bahawa kerja pembuatan dan penyelidikan serta pembangunan boleh dimulakan seawal tahun ini.

Vaksin mRNA pertama yang dibangunkan di UK dijadualkan akan dihasilkan pada 2025.

Tiada butiran kewangan atau lokasi untuk pusat itu diberikan tetapi menteri berkata perjanjian itu akan memberi pesakit dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara yang dikendalikan kerajaan akses kepada vaksin dan rawatan “generasi seterusnya”.

Ia juga akan memastikan “bekalan buatan rumah yang konsisten” dan membenarkan peningkatan pengeluaran sekiranya berlaku sebarang krisis kesihatan pada masa hadapan, membolehkan hab itu menjadi pangkalan global untuk ujian klinikal.

“Teknologi mRNA terbukti sebagai salah satu laluan terpantas bagi membangunkan vaksin yang sangat berkesan semasa pandemik dan menjadi penting dalam melindungi orang ramai,” kata kementerian kesihatan.

Teknologi itu boleh membawa kepada rawatan terobosan dalam beberapa bidang penyakit termasuk kanser, selsema, dementia dan penyakit jantung.

Britain adalah salah sebuah negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 dengan hampir 180,000 kematian dilaporkan.

Negara itu membeli vaksin secara pukal walaupun sebelum diberikan kelulusan kawal selia untuk digunakan termasuk suntikan mRNA Moderna dan Pfizer.

AstraZeneca bekerjasama dengan saintis di Universiti Oxford membangunkan vaksin mereka sendiri yang lebih konvensional. – AFP, 22 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen