Wilayah Kherson di Ukraine siar TV Rusia, kata tentera


Seorang tentera Rusia sedang mengawal berhampiran sebatang sungai di Kherson, wilayah selatan Ukraine yang telah diduduki Moscow sejak akhir Februari lalu, di mana ia sudah mula menggunakan matawang ruble selain telah menyiarkan televisyen Rusia. – Gambar EPA, 21 Jun, 2022.

TELEVISYEN Rusia kini disiarkan di wilayah Kherson di selatan Ukraine, kata tentera Rusia pada Selasa di kawasan di mana Moscow sudah memperkenalkan ruble dan mula mengedarkan pasport Rusia.

Angkatan bersenjata Rusia telah “menyusun semula tujuh menara televisyen terakhir di wilayah Kherson untuk menyiarkan saluran televisyen Rusia” secara percuma, katanya.

Bersempadan dengan semenanjung Crimea, yang dirampas Rusia pada 2014, wilayah Kherson telah diduduki oleh tentera Rusia pada hari-hari selepas serangan Kremlin pada penghujung Februari.

Pada Selasa, salah seorang pegawai pro-Moscow di rantau itu, Kirill Stremousov, berkata wilayah itu boleh menyertai Rusia “sebelum akhir tahun.” – AFP, 21 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen