2,093 kes baharu Covid-19, 3 kematian


MALAYSIA mencatatkan 2,093 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak itu kepada 4,542,705.

Menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan, angka kematian meningkat kepada 35,735 selepas tiga kematian dilaporkan semalam.

Selangor, negeri paling ramai penduduk di negara ini terus mencatatkan jumlah jangkitan terbanyak iaitu 1,007 kes.

Ia merupakan satu-satunya negeri yang melaporkan kes dalam empat angka semalam.

Kuala Lumpur mencatatkan 444 kes diikuti oleh Penang (155), Negeri Sembilan (82), Sabah (76), Johor (62), Perak (62), Melaka (58), Sarawak (34), Kedah (30), Pahang (23), Putrajaya (19), Kelantan (18), Terengganu (14), Perlis (8) dan Labuan (1).

Daripada tiga kematian itu masing-masing satu dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 25,952 semalam walaupun 2,082 pesakit pesakit.

Daripada kes aktif 24,929 atau 961.% dikuarantin di rumah, 15 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 985 (3.8%) di hospital.

Seramai 23 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 21 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen