Polis jumpa bot dinaiki wartawan Britain yang dibunuh


Tunjuk perasaan diadakan di Sao Paulo, Brazil, mendesak keadilan ditegakkan dalam insiden kematian wartawan Britain Dom Phillips dan Bruno Araujo. – Gambar EPA, 21 Jun, 2022.

POLIS Brazil berkata mereka menemui sebuah bot yang dinaiki wartawan Britain Dom Phillips dan pemandu pelancongnya, Bruno Pereira sebelum mereka dibunuh di Amazon.

Bot itu ditemui pada Ahad, kira-kira 20 meter di dalam air dan 30 meter dari tebing sungai Itaquai, ditimbunyi enam guni pasir bagi memastikan ia tenggelam, kata polis.

Phillips, 57, yang juga seorang wartawan veteran dan Pereira, 41, dipercayai hilang pada 5 Jun di kawasan terpencil dalam hutan Amazon itu. Kawasan berkenaan menjadi tempat perlombongan, penangkapan ikan dan pembalakan secara haram, selain aktiviti penyeludupan dadah.

Selepas 10 hari, seorang suspek Amarildo da Costa de Oliveira – dikenali sebagai “Pelado” membawa polis ke tempat dia mendakwa menanam mayat, berhampiran bandar Atalaia do Norte, di mana Phillips dan Pereira menuju ke situ dengan menaiki bot.

Rangka manusia yang ditemui kemudian dibawa ke Brasilia untuk siasatan, sebelum disahkan milik kedua-dua mangsa.

Pada Sabtu, polis mengesahkan mangsa ditembak. – AFP, 21 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen