Belgium rampas 900kg kokain


PIHAK berkuasa kastam Belgium merampas 900kg kokain yang disembunyikan dalam penghantaran biji koko dari Colombia.

Dadah itu dikesan dan dirampas pada Khamis minggu lalu di pelabuhan di Antwerp, dan dianggarkan bernilai AS$47 juta.

Antwerp ialah pintu masuk utama untuk kokain bagi pasaran Eropah, menjadi legasi sejak sekian lama membabitkan perdagangan dengan Amerika Latin.

Dadah itu dibawa dari Colombia, Brazil, Ecuador dan Panama sering disembunyikan dalam kotak berisi pisang atau nanas, namun penyeludup sering menggunakan pelbagai kaedah baharu bagi mengelak pemeriksaan di pelabuhan.

Beligium pada 2021 merampas sejumlah 89.5 juta tan kokain di Antwerp, melonjak satu pertiga jumlahnya berbanding tahun sebelumnya.

Jurucakap kastam berkata setakat hujung Mei, sebanyak 24 tan dadah dirampas, dengan puratanya berkurangan berbanding angka bagi tempoh sama tahun lalu. – AFP, 21 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen