Bekas menteri kewangan II enggan terlibat dalam 1MDB, kata saksi


Raevathi Supramaniam

Saksi memberitahu bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah enggan terlibat dalam urusan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun, 2022.

BEKAS menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah tidak mahu terlibat dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang bekas pegawai kementerian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Siti Zauyah Mohd Desa, bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan, memberitahu demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bekas perdana menteri Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah, pagi ini.

Peguam itu merujuk kepada kenyataan saksi Siti Zauyah yang tiga daripada memorandum dan artikel persatuan (M&A) 1MDB adalah luar biasa dan tidak terdapat dalam mana-mana syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) lain.

Siti Zauyah, 63, yang kini bersara, menyebut tiga M&A - Artikel 117, 68 dan 93.

“Adakah anda memajukan perkara ini kepada sesiapa?” soal Shafee kepada Siti Zauyah.

Saksi berkata sudah melakukannya, kepada ketua setiausaha perbendaharaan ketika itu Mohd Irwan Serigar Abduallah dan kepada Husni.

“Saya berbincang dengan ketua setiausaha dan beliau memberitahu saya untuk tidak melakukan apa-apa,” katanya kepada mahkamah.

“Perkara itu juga sampaikan kepada Husni. Beliau memberitahu saya yang beliau tidak mahu terlibat.”

Saksi pendakwaan ke-26 itu, yang bertugas di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan, bagaimanapun berkata beliau tidak ingat sama ada pernah menulis laporan mengenai pertemuan itu atau sekadar perbualan.

Artikel 117 memberi perdana menteri kuasa melantik lembaga pengarah, pengerusi dan lebih komitmen kewangan dalam 1MDB. – 20 Jun, 2022.  

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen