PARLIMEN baharu Perancis bakal menyaksikan penurunan ahli Parlimen wanita selepas pengundian pada hujung minggu, satu langkah ke belakang berbanding sebelum ini di mana kaum hawa memenuhi 40 peratus dewan.
Pada 2017, pengundi memberikan sokongan sehingga mencecah 39 peratus ahli parlimen wanita, lebih 12 kerusi berbanding 2012 dan lebih tiga kali ganda berbanding 2002 dengan cuma 12 peratus.
Selepas pemilihan pada Ahad, Parlimen Perancis akan mempunyai 215 ahli Parlimen wanita - 37.26 peratus - manakala lelaki akan memenuhi 362 kerusi, menurut kiraan AFP.
Seperti pada 2017, parti Republikan berhaluan kanan mempunyai pariti terendah iaitu 29.5 peratus, dengan 18 ahli Parlimen wanita membentuk 61 yang dipilih.
Sebaliknya, pakatan berhaluan kiri yang baru dibentuk NUPES - diketuai oleh tokoh kiri keras berusia 70 tahun Jean-Luc Melenchon - kini mempunyai 43.6 peratus wanita dalam barisan mereka.
Gabungan “Bersama” Presiden Perancis Emmanuel Macron mempunyai 40.4 peratus, manakala parti National Rally - diketuai pemimpin haluan kanan Marine Le Pen - mempunyai 37.1 peratus.
Bagi menggalakkan kesetaraan jantina dalam kerajaan, Perancis mengenakan penalti kewangan ke atas parti politik yang mempunyai kurang daripada 50 peratus wanita. – AFP, 20 Jun, 2022.
Komen