Tindakan Vietnam penjara aktivis alam sekitar membimbangkan, kata AS


Aktivis alam sekitar Nguy Thi Khanh dipenjara dua tahun di Vietnam. AS semalam menyatakan rasa bimbang mereka di atas tindakan berkenaan. – Gambar EPA, 20 Jun, 2022.

AMERIKA Syarikat semalam berkata mereka “sangat bimbang” dengan hukuman penjara dua tahun yang dikenakan ke atas seorang aktivis alam sekitar berprofil tinggi di Vietnam minggu ini.

“Amerika Syarikat menyeru kerajaan Vietnam untuk membebaskan (Nguy Thi) Khanh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa atas usahanya memajukan isu perubahan iklim dan tenaga mampan di Vietnam serta aktivis alam sekitar yang lain yang bekerja untuk kepentingan Vietnam dan rakyatnya,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price dalam satu kenyataan.

Khanh, 46, ditangkap pada Februari “atas tuduhan mengelak cukai”, menurut media milik kerajaan.

Pada Jumaat NGOnya GreenID berkata beliau dipenjarakan selama dua tahun.

Beliau adalah antara segelintir di negara komunis yang mencabar rancangan kerajaan untuk meningkatkan kuasa arang batu bagi memacu pembangunan ekonomi.

Pemenang pertama Hadiah Alam Sekitar Goldman Vietnam, Khanh dan GreenID meyakinkan pegawai untuk melucutkan 20,000 kuasa megawatt arang batu daripada rancangan tenaga negara menjelang 2030.

Tetapi sementara aktivis itu menerima pujian antarabangsa beliau menjadi sasaran kempen fitnah di negaranya. 

Pemenjaraan Khanh dibuat ketika serbuan yang menyasarkan pegawai rasuah dan mereka yang terlibat dalam skandal ekonomi telah dipergiat.

Rejim komunis tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat dan beberapa orang aktivis dipenjara kerana bersuara menentang pihak berkuasa. – AFP, 20 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen