20 orang awam dibunuh lelaki bersenjata di Mali


Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk pembunuhan pasukan pengaman di wilayah bergolak Mali. – Gambar EPA, 20 Jun, 2022.

SEORANG lelaki bersenjata di Mali membunuh sekurang-kurangnya 20 orang awam dalam serangan ke atas kampung berhampiran bandar utara Gao semalam manakala periuk api membunuh seorang anggota pengaman PBB di wilayah bergolak itu.

Seorang pegawai tempatan mendakwa serangan dilakukan pejuang jihad dan meletakkan angka kematian seramai 24 orang dan kejadian berlaku di Ebak kira-kira 35 kilometer utara Gao, bandar utama wilayah itu.

Pegawai itu menggambarkan keadaan “panik umum” di kawasan berkenaan.

Situasi di Anchawadj adalah “sangat membimbangkan” dan orang awam melarikan diri dari kawasan berkenaan kerana bimbang berlaku sekali lagi keganasan, tambahnya.

Periuk api pula membunuh seorang pengaman PBB semalam ketika beliau melakukan rondaan di Kidal, kata Ketua Pasukan Minusma Mali PBB El Ghassim Wane menerusi Twitter.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk pembunuhan pasukan pengaman itu.

Serangan yang menyasarkan pasukan pengaman PBB itu mungkin merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa, tambah jurucakap itu. – AFP, 20 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen