Kemelesetan AS 'tidak dapat dielakkan', kata setiausaha perbendaharaan


Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen berpendapat pasaran buruh AS boleh dikatakan paling kukuh dalam tempoh selepas perang dan beliau meramalkan kadar inflasi akan perlahan dalam beberapa bulan akan datang. – Gambar EPA, 19 Jun, 2022.

KEMELESETAN di Amerika Syarikat (AS) “tidak dapat dielakkan,” kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen hari ini, beberapa hari selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah, sekali gus mencetuskan kebimbangan penguncupan ekonomi.

“Saya menjangkakan ekonomi akan perlahan” kerana ia beralih kepada pertumbuhan yang stabil, katanya kepada ABC News.

“Minggu ini, tetapi saya tidak fikir kemelesetan sama sekali tidak dapat dielakkan.”

Ekonomi AS kembali kukuh daripada kejatuhan yang ditimbulkan Covid-19, tetapi inflasi yang melambung tinggi dan masalah rantaian bekalan diburukkan lagi perang di Ukraine meningkatkan pesimisme.

Saham Wall Street menjunam selepas bank pusat AS pada Rabu menaikkan penanda aras kadar pinjaman sebanyak 0.75 peratus mata. Ia kenaikan mendadak dalam tempoh hampir 30 tahun.

Malah, ahli ekonomi melihat tanda-tanda yang membimbangkan terhadap keyakinan pengguna semakin lemah, dengan orang ramai mula menangguhkan rancangan percutian, makan di luar atau melakukan pembaikan rumah.

Yellen mengakui “jelas inflasi tinggi tidak boleh diterima,” sekali gus mengaitkan sebahagiannya kepada perang di Ukraine yang meningkatkan harga tenaga dan makanan.

Namun, katanya beliau tidak percaya “penurunan dalam perbelanjaan pengguna adalah kemungkinan punca kemelesetan.”

Yellen berpendapat pasaran buruh AS “boleh dikatakan paling kukuh dalam tempoh selepas perang” dan beliau meramalkan kadar inflasi akan perlahan dalam beberapa bulan akan datang.

Beliau bagaimanapun mengakui, pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell sedang berusaha untuk mengawal inflasi sambil mengekalkan kekuatan pasaran buruh. “Itu akan memerlukan kemahiran dan nasib.”

Harga gas yang melambung tinggi – pada kira-kira $5 segelen, mereka meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun – merupakan kebimbangan yang mendesak bagi kebanyakan rakyat AS.

Ditanya mengenai cadangan untuk penggantungan sementara cukai gas persekutuan, Yellen menyatakan beliau bersikap terbuka.

Presiden AS Joe Biden “mahu melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu pengguna,” katanya. “Dan itu idea yang patut dipertimbangkan.”

Sama ada Biden mungkin bergerak lebih jauh untuk menurunkan harga pengguna dengan menaikkan tarif ke atas barangan China, Yellen menafikannya.

Mengolah semula tarif era Donald Trump “adalah sesuatu yang sedang dipertimbangkan,” katanya.

“Saya tidak mahu mendahului proses dasar itu.” – AFP, 19 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen