LEBIH separuh pemain bola sepak yang bermain di Kejohanan Juara Uefa Eropah dan Piala Negara Afrika mengalami gangguan buli siber, kata kajian dikeluarkan Fifa semalam.
Kebanyakan gangguan dan buli itu dibuat peminat dari negara pemain itu sendiri.
“Komen homofobia (40%) dan perkauman (38%) membentuk kumpulan gangguan terbesar,” kata laporan bebas dikeluarkan sempena Hari PBB untuk Melawan Ucapan Kebencian.
Menggunakan teknologi kecerdasan buatan yang mengesan lebih 400,000 hantar media sosial sepanjang pertandingan separuh akhir dan akhir Eufa Euro 2020 dan Piala Negara Afrika 2021, “lebih 50% pemain menerima gangguan diskriminasi dalam pelbagai bentuk”.
Fifa berkata menjelang Piala Dunia Qatar beberapa bulan lagi, ia akan bekerjasama dengan kesatuan pemain, Fifpro, untuk melaksanakan pelan melindungi pemain daripada gangguan dan buli siber.
Ini meliputi saringan istilah ucapan kebencian dikeluarkan di media sosial dan menghalang komen itu dilihat oleh orang lain sebaik sahaja ia dikesan.
Pemain England Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho antara menjadi sasaran buli siber apabila gagal menjaringkan sepakan penalti pada pertandingan akhir Uefa Euro 2020, mencetuskan desakan untuk menghapuskan gangguan perkauman di media sosial.
Seorang remaja dijatuhi hukuman penjara enam minggu kerana melakukan buli dalam talian terhadap Rashford di Twitter selepas kekalahan pasukan England kepada Itali. – AFP, 19 Jun, 2022.
Komen