Pelakon popular Adibah Noor meninggal dunia


Pelakon dan penyanyi popular Adibah Noor meninggal dunia kerana kanser ovari di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Jun, 2022.

PELAKON dan penyanyi popular Adibah Noor meninggal dunia pada kira-kira jam 8 malam ini.

Pemergian Adibah yang menghidap kanser ovari diumumkan pelakon Emylia Rosnaida di media sosial.

Adibah yang dilahirkan pada 3 September 1970 adalah graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESOL), tetapi bakatnya menyerlah dalam bidang hiburan, berlakon dalam beberapa filem selain menyanyi dan menjadi juruacara majlis.

Filem yang meningkatkan popularitinya termasuk filem Sepet dan Gubra arahan pengarah terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sebagai penyanyi, beliau memenangi beberapa anugerah dalam Anugerah Juara Lagu 2006 menerusi lagu “Terlalu Istimewa”.

Berita kematiannya malam ini mencetus kesedihan meluas di kalangan pengguna Twitter. – 18 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen