MAHKAMAH Mexico semalam mengarahkan Google membayar AS$245 juta kepada seorang peguam kerana memfitnahnya terbabit dalam pengubahan wang haram.
Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu berkata ia akan memfailkan rayuan.
“Kami kesal dengan keputusan mahkamah,” kata Google dalam satu kenyataan ringkas kepada AFP.
Keputusan itu keterlaluan dan tidak berasas, tambahnya.
Peguam Mexico, Ulrich Richter Morales, menuduh Google membenarkan sebuah blog menyiarkan artikel yang mendakwa beliau terbabitkan dengan jenayah pengubahan wang haram dan pemalsuan dokumen.
Richter Morales berkata beliau telah meminta Google memadam blog tidak bernama itu pada 2015 tetapi tidak diendahkan.
Awal bulan ini, Mahkamah Persekutuan Australia mengarahkan Google membayar AS$515,000 (RM2.3 juta) kepada seorang bekas ahli politik di negara itu berhubung kes fitnah melibatkan dua kandungan video di laman web YouTube. – AFP, 18 Jun, 2022.
Komen