ISRAEL secara rahsia menyelaraskan majoriti serangan udara ke atas Syria bersama tentera Amerika Syarikat (AS), bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daesh, lapor Sputnik.
Menurut laporan Sputnik yang memtik The Wall Street Journal, penyelarasan itu bertujuan menghalang operasi Israel daripada bercanggah dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daesh.
AS memberi perhatian khusus kepada serangan Israel berhampiran pangkalan tentera At Tanf, yang merupakan kubu kuat AS berhampiran sempadan Syria-Jordan.
Israel melakukan serangan ke atas Syria dari semasa ke semasa, dengan mengatakan operasinya bertujuan menentang kehadiran tentera Iran di republik Arab itu. Damsyik mengutuk serangan sedemikian sebagai pencabulan kedaulatan negara Syria. – Bernama, 17 Jun, 2022.
Komen