AMERIKA Syarikat (AS) mengutuk kenyataan dikeluarkan parti pemerintah India terhdap Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan negara Islam.
“Kami mengutuk kenyataan yang menyinggung perasaan dibuat dua wakil rakyat BJP,” kata jurucakap Jabatan Dalam Negeri Ned Price.
“Kami sering berhubung dengan kerajaan India berkenaan kebimbangan hak asasi manusia termasuk kebebasan beragama dan kami menggalakkan India menganjurkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia,” katanya.
Nupur Sharma, jurucakap kepada parti Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) Perdana Menteri Narendra Modi membuat kenyataan menghina isteri nabi pada 26 Mei, yang mencetuskan demonstrasi di dunia Islam.
Kenyataan itu bukan saja mencetuskan kemarahan negara berjiran Pakistan, tetapi negara Arab yang selama ini mempunyai hubungan baik dengan India.
Di Bangladesh, penunjuk perasaan mendesak kutukan rasmi dibuat oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina, sekutu rapat India.
Sebagai tindakan balas, BJP menggantung tugas Sharma dan Naveen Kumar Jindal, seorang lagi wakil rakyat parti yang didakwa memuat naik kenyataan menghina Nabi Muhammad di Twitter.
AS sejak 1990 cuba merapatkan hubungan dengan India, kerana percaya kedua-dua negara itu mempunyai kepentingan sama terutama dalam berdepan dengan kebangkitan China.
Namun, AS beberapa kami menyuarakan kebimbangan tentang hak asasi manusia di India dan pada masa sama Modi berdepan tuduhan melaksanakan dasar yang menyasarkan kepada masyarakat Muslim yang minoriti di negara itu. – AFP, 17 Jun, 2022.
Komen