Seorang maut, 2 cedera dalam satu lagi insiden tembakan di AS


Sejak awal tahun lebih 20,000 individu maut akibat keganasan senjata api di AS, termasuk kematian akibat bunuh diri. – Gambar AFP, 17 Jun, 2022.

SATU kejadian tembakan di sebuah gereja di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) menyebabkan seorang maut dan dua cedera pada Khamis, kata polis.

Ia berlaku di luar Gereja Episcopal St Stephen di bandar Vestavia Hills dan seorang suspek ditahan, kata jabatan polis bandar itu di Facebook.

Tembakan itu berlaku ketika gereja mengadakan jamuan makan malam, kata gereja itu di laman webnya.

AS ketika ini berdepan beberapa siri keganasan senjata api mengerikan. Kes terburuk dalam tempoh ini ialah tembakan di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas yang menyebabkan 19 kanak-kanak dan dua guru maut pada 24 Mei lalu.

Sejak awal tahun lebih 20,000 individu maut akibat keganasan senjata api di AS, menurut sebuah NGO yang dikenali sebagai Gun Violence Archive. Ini termasuk kematian akibat bunuh diri. – AFP, 17 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen