Penunjuk perasaan sekat jalan raya di Ecuador


Protes dan sekatan jalan raya bermula di 15 daripada 24 wilayah di Ecuador, kata pihak berkuasa dengan beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di Quito. – Gambar EPA, 17 Jun, 2022.

MASYARAKAT orang asli Ecuador menggunakan tayar terbakar, batang pokok dan batu untuk menyekat akses ke ibu kota Quito, pada hari keempat protes terhadap kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Orang asli yang membentuk lebih sejuta daripada 17.7 juta populasi Ecuador memulakan protes anti kerajaan pada Isnin, dan kemudian ia turut disertai pelajar dan beberapa kumpulan lain.

“Kami menuntut hak kami kerana kami dibayar pada harga rendah untuk barangan yang kami hasilkan,” kata Nelson Jami, seorang petani di wilayah Cotopaxi ketika ditemui di kawasan sekatan di selatan Quito.

Protes dan sekatan jalan raya bermula di 15 daripada 24 wilayah di Ecuador, kata pihak berkuasa dengan beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di Quito.

Bomba berkata sebuah trak membawa penunjuk perasaan terbalik di Quito semalam, menyebabkan 12 cedera.

Ecuador, negara pengeluar minyak teruk terjejas akibat kenaikan inflasi, pengangguran dan kemiskinan susulan pandemik.

Harga minyak naik sejak 2020, hampir dua kali ganda untuk diese, daripada AS$1 kepada AS$1.90 bagi setiap 3.8 liter, dan petrol naik daripada AS$1.75 kepada AS$2.55. – AFP, 17 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen