Lebih 10 rumah musnah terbakar di Putatan


LEBIH 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada kira-kira 9 malam semalam.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Jurucakap JBPM Sabah pula ketika dihubungi berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada 10.38 malam.

“Seramai 28 anggota bomba daripada Balai Bomba Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi memadam kebakaran, keadaan gelap menyukarkan bomba untuk mengenal pasti jenis rumah terlibat dan kerja siasatan masih dijalankan,” katanya. – Bernama, 17 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen