Kim Kardashian dituduh rosakkan gaun ikonik Marilyn Monroe


Kim Kardashian menyarung gaun malam dipakai Marilyn Monroe pada 1962, ketika hadir ke Met Gala bulan lalu. – Gambar AFP, 16 Jun, 2022.

MUZIUM persendirian yang memiliki gaun ikonik dipakai Marilyn Monroe membenarkan busana itu “rosak selamanya” apabila ia meminjamkannya kepada bintang realiti TV Kim Kardashian untuk hadir ke Met Gala bulan lalu, kata pengumpul barangan kenangan Monroe.

Kardashian turut mencetuskan kontroversi apabila mengenakan gaun malam yang ketat itu. Gaun itu dipakai Moroe pada 1962 untuk menyanyikan lagu “Happy Birthday, Mr President” untuk John F Kennedy.

Scott Fortner, seorang pengumpul barangan Monroe yang mengendalikan satu laman web untuk Monroe, menyiarkan gambar sebelum dan selepas dipakai gaun berwarna krim bertatahkan Kristal itu.

Gambar itu dirakamkan oleh rakan Fortner, yang nampak ia diperagakan di muzium Ripley’s Believe It or Not! di Los Angeles, di mana muzium itu memiliki gaun berkenaan dan membenarkan Kardashian memakainya.

Menerusi gambar dirakamkan, ada sedikit koyakan kecil di gaun itu di bahagian cangkuk, selain beberapa kristal hilang dan ada yang terkeluar daripada benangnya.

Ripley dikatakan membeli gaun itu pada satu acara lelongan pada harga AS$4.8 juta, dan kerosakan itu mencetuskan kritikan di media sosial.

Pada awal Mei, Ripley mengumumkan memberi peluang kepada Kardashian untuk memakai gaun itu.

Kardashian yang dilaporkan menjalani diet ketat untuk muat memakai gaun legenda itu, setakat ini tidak memberi maklum balas berkenaan kerosakan terhadap pakaian itu. – AFP, 16 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen