DANI Alves mengumumkan beliau akan meninggalkan Barcelona buat kali kedua selepas kembali ke kelab itu tahun lalu.
Pemain berusia 39 tahun itu yang kembali menyertai Barca November lalu menerusi perjanjian jangka pendek hingga penamat musim, mengesahkan beliau tidak akan menyambung kontrak.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana peluang yang diberikan untuk saya kembali ke kelab ini dan menyarung kembali jersi yang menakjubkan ini, anda tidak tahu betapa gembiranya saya,” kata pemain antarabangsa Brazil itu menerusi Instagram.
Alves membuat 408 penampilan bersama Barcelona, 391 daripadanya sepanjang 2008 hingga 2016.
Dalam tempoh berkenaan beliau menang enam gelaran La Liga, tiga Liga Juara-Juara dan empat trofi Copa del Rey.
Alves masih boleh disenaraikan dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia Qatar tahun ini dan beliau memulakan permainan dalam aksi persahabatan dimenangi pasukannya menentang Jepun dan Korea Selatan awal bulan ini. – AFP, 16 Jun, 2022.
Komen