PRU15 bukan prioriti, kata Takiyuddin


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kerajaan masih ada tanggungjawab untuk pulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2022.

KERAJAAN ketika ini adalah stabil, dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik Covid-19.

“Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

“Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. – Bernama, 14 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen