MALAYSIA merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 semalam apabila mencatatkan 2,092 kes, berbanding 1,571 kes sehari sebelumnya.
Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,528,390 kes.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,251 kes, diikuti Kuala Lumpur (261) dan Pulau Pinang (105).
Negeri Sembilan merekodkan 24 kes baharu, Perak (74) Johor (68), Sarawak (25), Melaka (46), Putrajaya (55), Kedah (50), Pahang (12), Sabah (72), Terengganu (19) , Kelantan (25) dan Perlis (3) dan Labuan (1).
Kementerian Kesihatan juga melaporkan empat kes kematian Covid-19 semalam yang mana tiga kes adalah dari Pulau Pinang, menjadikan jumlah kematian kepada 35,716.
Terdapat satu kes diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital di Selangor.
Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 24 orang, yang mana 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 14 Jun, 2022.
__full.jpg)
Komen