Bitcoin merosot bawah AS$25,000, paling rendah dalam 18 bulan


Pasaran saham dunia jatuh teruk sejak Jumaat, dengan inflasi Amerika Syarikat mencapai paras tertinggi sejak 40 tahun, sekali gus meningkatkan kebimbangan kemelesetan ekonomi. – Gambar EPA, 13 Jun, 2022.

BITCOIN jatuh pada Isnin ke paras terendah sejak 18 bulan, di bawah AS$25,000 apabila pelabur menjauhi aset berisiko dalam menghadapi penjualan pasaran global.

Mata wang kripto paling popular di dunia itu menjunam kira-kira 10 peratus untuk mencecah AS$24,692 pada pagi di London, mencapai tahap terakhir dilihat pada Disember 2020.

Pasaran saham dunia telah menjunam sejak Jumaat apabila data menunjukkan inflasi Amerika Syarikat pada paras tertinggi sejak empat dekad, meningkatkan kebimbangan kemelesetan ekonomi.

“Kaitan antara pasaran ekuiti dan bitcoin terus” mendapat kekuatan, kata penganalisis AvaTrade, Naeem Aslam.

Unit maya itu telah merosot 65 peratus dalam nilai sejak mencapai rekod tertinggi pada November 2021. – AFP, 13 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen