UKRAINE pada Isnin berkata tenteranya telah diusir dari pusat bandar Severodonetsk, di mana pertempuran dengan Rusia telah berlarutan sejak beberapa minggu.
“Musuh, dengan sokongan artileri, menjalankan operasi serangan di bandar Severodonetsk, berjaya separa, menekan unit kami keluar dari pusat bandar,” kata tentera Ukraine di Facebook.
Gabenor tempatan, Sergiy Gaiday, berkata “Rusia sebahagiannya berjaya pada waktu malam” di bandar itu.
Mereka “menolak tentera kami dari tengah dan terus memusnahkan bandar kami,” katanya di Facebook.
Menurut Gaiday, Rusia menguasai “lebih 70 peratus” bandar itu.
Gaiday berkata loji kimia Azot, di mana 500 orang awam, termasuk 40 kanak-kanak berlindung, sedang “dibedil dengan kuat” oleh tentera Rusia.
“Kami sedang cuba runding koridor kemanusiaan” untuk orang awam, kata Gaiday dalam video berasingan di Telegram.
Tambahnya usaha itu “buat masa ini tidak berjaya.”
Gaiday sebelum ini berkata tentera Moscow “mengumpul lebih banyak peralatan” untuk “mengepung” Severodonetsk dan Lysychansk yang berdekatan. – AFP, 13 Jun, 2022.
Komen