Kes cacar monyet lebih sukar dikesan, kata pakar 


Sehingga 9 Jun, kira-kira 1,300 kes cacar monyet dikenal pasti di seluruh dunia. – Gambar AFP, 11 Jun, 2022.

PAKAR kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata pada Jumaat yang kes cacar monyet dikesan pada masa ini tidak semestinya menunjukkan simptom biasa, menjadikan ia lebih sukar untuk didiagnosis.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata mengenal pasti kes adalah penting untuk membendung penularan penyakit itu.

“Kami melihat cacar monyet yang ringan dan kadang-kala hanya pada bahagian badan tertentu, yang berbeza daripada kes klasik yang dilihat di negara endemik di Afrika Tengah Barat, ” kata Rochelle Walensky, ketua CDC.

“Ini menimbulkan kebimbangan yang sesetengah kes mungkin tidak dikenal pasti atau tidak didiagnosis,” tambahnya, menggesa peningkatan kewaspadaan dalam kalangan ahli profesion perubatan dan orang awam secara amnya.

Kes masa kini tidak semestinya menunjukkan simptom seperti selesema, seperti demam, sakit badan dan kelenjar bengkak yang biasanya mendahului penampilan ciri ruam penyakit.

Selain itu, walaupun ruam biasanya muncul di seluruh badan, banyak kes masa kini hanya terhad kepada kawasan tertentu.

“Adalah penting untuk mengetahui kes cacar monyet mungkin hadir sama dengan beberapa jangkitan seksual, ” seperti herpes, “dan boleh disalah anggap sebagai diagnosis lain,” kata Walensky.

Katanya, AS kini merekodkan 45 kes, dua kali ganda lebih banyak berbanding minggu lepas. Tiada kematian dilaporkan.

Sehingga 9 Jun, kira-kira 1,300 kes dikenal pasti di seluruh dunia, katanya.

Penularan memerlukan hubungan rapat dan berpanjangan antara dua orang. AS berharap vaksinasi kes kontak untuk membendung wabak itu.

Negara ini memiliki 100 juta dos vaksin ACAM2000, tetapi sedang dalam proses mendapatkan dos vaksin lain yang lebih moden, Jynneos, katanya.

Pada akhir Mei, AS hanya mempunyai 1,000 dos ubat lebih baharu, berbanding 72,000 hari ini, kata Dawn O’Connell dari Jabatan Kesihatan pada Jumaat.

Sebanyak 300,000 dos lagi dijangka tiba dalam beberapa minggu akan datang, tambahnya. – AFP, 11 Jun, 2022.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen