EMPAT mangsa cedera dalam satu serangan menggunakan pisau di kampus universiti di Jerman semalam, kata polis, menambah pelakunya sudah ditahan.
Polis melancarkan operasi besar-besaran di kawasan Unviersiti Sains Gunaan Hamm-Lippstadt di mana beberapa individu cedera ditusuk pisau.
Jurucakap polis berkata empat mangsa cedera tetapi tidak menjelaskan tahap kecederaan.
Menurut stesen televisyen WDR, suspek ditahan seorang lelaki berasal dari Hamm yang menyerang beberapa pelajar dengan pisau, di dalam bangunan seminar.
Tiga wanita dan seorang lelaki cedera, menurut WDR, sebelum beberapa pelajar lain berjaya menahan penyerang berkenaan.
Kesan darah kelihatan di luar bangunan kampus, lapor Westfaelische Anzeiger.
Dalam satu kejadian berasingan semalam, seorang wanita dan kanak-kanak perempuan tujuh tahun cedera parah dalam satu serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah rendah di Esslingen, berhampiran Stuttgart.
Jerman juga gempar awal tahun ini dengan insiden tembakan rambang di sebuah kampus universiti, di mana kejadian seumpama itu jarang berlaku di negara ini. – AFP, 11 Jun, 2022.
Komen