JEPUN antara lima negara yang dipilih semalam untuk menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 2023 dan 2024.
Switzerland, Mozambique, Malta dan Ecuador juga mengambil jawatan selama dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.
Negara itu akan menggantikan India, Norway, Kenya, Mexico dan Ireland.
Majlis itu terdiri daripada 15 anggota, lima daripadanya kekal iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan Britain.
Sebanyak 10 jawatan lain diisi negara lain untuk tempoh dua tahun, lima daripadanya diumumkan setiap tahun.
Jepun, Switzerland, Mozambique, Malta dan Ecuador diundi di Perhimpunan Agung PBB dalam undian sulit.
Daripada 193 ahli perhimpunan, Jepun memperoleh 184 undi.
Timbalan Menteri Luar Jepun Odawara Kiyoshi berkata keutamaan Tokyo adalah keselamatan termasuk tenaga dan makanan.
Mozambique dipilih sebagai ahli Majlis buat kali pertama dalam sejarahnya dengan 192 undi. Switzerland memenangi 187 undi, Malta 185 dan Ecuador 190. – AFP, 10 Jun, 2022.
Komen