4.8 juta rakyat Ukraine berdaftar sebagai pelarian di Eropah, kata UNCHR


Sejumlah 4,816,923 warga Ukraine didaftarkan sebagai pelarian di 44 negara Eropah sejak 24 Februari. – Gambar EPA, 10 Jun 2022.

HAMPIR lima juta rakyat Ukraine didaftarkan sebagai pelarian di seluruh Eropah sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraannya kurang empat bulan lalu, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam

“Perang Ukraine menyebabkan satu daripada krisis pelarian terbesar di dunia,” lapor Agensi Berita Jordan (Petra) memetik UNHCR.

Kemas kini portal data agensi mengenai situasi Ukraine menunjukkan bahawa sejumlah 4,816,923 warga Ukraine didaftarkan sebagai pelarian di 44 negara Eropah sejak 24 Februari.

Lebih ramai yang akan meninggalkan negara itu, dengan data UNHCR menunjukkan rekod lintas sempadan keluar Ukraine mencecah lebih 7.3 juta orang pada 7 Jun.

2.3 juta lagi pergerakkan kembali ke negara itu didaftarkan, menurut data itu.

Pegawai PBB berkata beberapa orang berulang-alik atas pelbagai sebab, termasuk melawat keluarga, memeriksa harta benda mereka, membantu orang lain melarikan diri, atau kembali ke pekerjaan mereka. – Bernama, 10 Jun 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen