KESEMUA lima anggota Marin di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang terhempas di selatan California disahkan meninggal dunia semalam.
MV-22B Osprey yang dinaiki mereka jatuh semasa misi latihan pada Rabu berhampiran Glamis, hanya 35 kilometer dari sempadan Mexico.
Siasatan mengenai punca kemalangan sedang dijalankan, kata tentera.
Laporan media sosial mencadangkan pesawat itu telah membawa bahan radioaktif tetapi ditolak oleh jurucakap tentera.
Pesawat itu berpangkalan di Stesen Udara Kor Marin Kem Pendleton.
Tentera AS sudah berdepan beberapa kemalangan melibatkan pesawat seperti itu termasuk kemalangan di Norway pada Mac yang menyebabkan empat anggota Marin terkorban. – AFP, 10 Jun, 2022.
Komen