7 maut, 46 cedera bangunan pejabat terbakar di Korea Selatan


Pegawai polis dan bomba tiba untuk memeriksa bangunan pejabat lima tingkat yang terbakar di Daegu, Korea Selatan. – Gambar EPA, 10 Jun, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang disahkan maut manakala 46 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan pejabat di bandar Daegu, tenggara Korea Selatan, lapor Xinhua memetik Aagensi Berita Yonhap pada Khamis.

Kebakaran berlaku kira-kira 10.55 pagi waktu tempatan di bangunan pejabat tujuh tingkat di Daegu.

Tujuh orang ditemukan maut dan 46 lagi cedera akibat terhidu asap. 

Kira-kira 50 jentera bomba bersama 160 anggota dihantar ke lokasi kejadian dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian masih disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat. – Bernama, 10 Jun, 2022.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen