SEORANG maut dan dua lagi cedera apabila sebuah jet pejuang terhempas di tengah China pada Khamis, lapor media kerajaan.
Pesawat Tentera Udara J-7 itu “mengalami kemalangan semasa latihan dan jatuh di sekitar lapangan terbang… menyebabkan kerosakan kepada rumah persendirian”, lapor CCTV.
Juruterbang sempat menggunakan payung terjun dan mendarat di tempat selamat serta kini dimasukkan ke hospital bersama mangsa lain yang cedera, kata CCTV.
Punca nahas di Xiangyang, di wilayah Hubei itu masih sedang disiasat, kata CCTV.
Rakaman tapak nahas yang disiarkan dalam talian oleh agensi berita Xinhua menunjukkan api marah dengan asap hitam berkepul ke udara dari sebuah jalan di Xiangyang.
Pada Mac tahun ini, sebuah pesawat awam terhempas di wilayah selatan Guangxi, mengorbankan 132 orang dalam kemalangan udara terburuk di China sejak beberapa dekad.
Penerbangan China Eastern MU5375 sedang dalam perjalanan dari bandar Kunming ke Guangzhou apabila ia menjunam secara tiba-tiba menjunam dari ketinggian 29,000 kaki ke lereng gunung.
Pihak berkuasa penerbangan awam China tidak segera menemui sebarang punca untuk kejadian itu, berkata siasatan sedang dijalankan. – AFP, 9 Jun, 2022.
Komen