Kanada kenakan sekatan baharu industri minyak, gas, kimia Rusia


Sekatan baharu itu diumum oleh Menteri Luar Kanada Melanie Joly pada Rabu. – Gambar AFP, 9 Jun, 2022.

MENTERI Luar Kanada Melanie Joly pada Rabu mengumumkan sekatan baharu ke atas industri minyak, gas dan kimia Rusia, lapor Xinhua.

Langkah baharu itu termasuk larangan terhadap eksport 28 perkhidmatan penting bagi operasi industri minyak, gas dan kimia, termasuk perkhidmatan teknikal, pengurusan, perakaunan dan pengiklanan, kata menteri itu dalam satu kenyataan.

Sekatan terhadap industri eksport minyak, gas dan perkhidmatan kimia itu menyumbang kira-kira 50 peratus pendapatan belanjawan persekutuan Rusia.

Sejak 24 Februari tahun ini, Kanada telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,070 individu dan entiti dari Rusia, Ukraine dan Belarus. – Bernama, 9 Jun, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen