KKM lapor 1,518 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Menurut data KKM, jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini lebih 4.5 juta kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2022.

SEBANYAK 1,518 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kini 4,518,965, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan Selangor catat angka harian tertinggi dengan 564 kes, diikuti Kuala Lumpur (390) dan Pulau Pinang (89).

Di negeri-negeri lain, sebanyak 65 kes dilaporkan masing-masing di Negeri Sembilan dan Sabah, Sarawak (60), Perak (59), Johor (57), Kedah (52), Melaka (38), Kelantan (26), Terengganu (17), Putrajaya (16), Pahang (12), Perlis (6) dan Labuan (2).

Sementara itu, portal Github KKM melaporkan enam kematian akibat Covid-19 semalam, dengan tiga kes berlaku di luar hospital (BID).

Daripada enam kes semalam, dua kematian masing-masing di Perak dan Melaka, manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing satu kes.

Seramai 35,705 orang meninggal dunia setakat ini akibat jangkitan Covid-19. – 9 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen