Gempa kuat gegar barat Brazil 


GEMPA bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan barat Brazil pada Selasa, menurut Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dengan kedalaman 616 kilometer (km) dengan pusat gempa terletak 108 km di barat daya Tarauaca Brazil, berhampiran sempadan Peru, lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – Bernama, 8 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen