Bank Dunia lulus dana tambahan AS$1.5 bilion untuk Ukraine


Pencerobohan Rusia sejak 24 Februari lalu mengakibatkan krisis kemanusiaan dan merencat ekonomi Ukraine, selain memusnahkan infrastruktur. – Gambar EPA, 8 Jun, 2022.

BANK Dunia semalam umum dana tambahan AS$1.5 (RM6.6) bilion untuk Ukraine, menjadikan jumlah bantuan kini mencecah AS$4 bilion.

Pencerobohan Rusia sejak 24 Februari lalu mengakibatkan krisis kemanusiaan dan merencat ekonomi Ukraine, selain memusnahkan infrastruktur serta  menganggu eksport bijirin negara itu. 

Bank Dunia dalam satu kenyataan semalam berkata Bantuan tambahan AS$1.5 bilion itu akan membolehkan Ukraine membayar gaji penjawat awam dan pekerja sosial.

“Bank Dunia memberi bantuan berterusan kepada Ukraine dan rakyatnya dalam menghadapi perang.

“Kami dan negara-negara penderam bersama-sama akan memberi sokongan kewangan bagi membantu Ukraine menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial kepada rakyatnya,” kata presidennya David Malpass.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata negaranya memerlukan bantuan AS$7 bilion sebulan. – AFP, 8 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen