Najib mohon batal sabitan kes SRC International


Alfian Z.M. Tahir

Pada Julai 2020, Najib Razak disabitkan atas pelbagai pertuduhan rasuah kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2022.

BEKAS perdana menteri Najib Razak cuba membatalkan sabitannya dalam kes SRC International Sdn Bhd dan mengarahkan pasukan peguamnya mengemukakan bukti baharu.

Bercakap kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi, peguamnya Shafee Abdullah memetik dakwaan konflik kepentingan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini sedang disiasat oleh badan antirasuah berhubung kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

 Pada Julai 2020, Nazlan – sebagai hakim Mahkamah Tinggi ketika itu – mensabitkan Najib atas pelbagai pertuduhan rasuah kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazlan bermula selepas laporan dibuat berdasarkan artikel dalam blog Malaysia Today yang Nazlan mempunyai RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Nazlan menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis, menamakan editor dan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin. – 7 Jun, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen