MALAYSIA merekodkan 1,330 kes Covid-19 semalam bersama 3 kes kematian.
Salah satu kematian adalah kes kematian luar hospital, menurut data Kementerian Kesihatan di laman web CovidNow.
Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 4,516,319 sejak permulaan wabak itu. Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 35,690.
Hanya sedikit ujian Covid-19 dilakukan sejak pertengahan April berbanding antara 30,000 hingga 40,000 untuk Mei dan Jun. Kadar positif kini adalah 4.4% berdasarkan 28,853 ujian yang dijalankan pada 3 Jun.
Kes aktif Covid-19 juga kekal di bawah 30,000 setiap hari sejak pertengahan Mei.
Terdapat 396 kemasukan ke hospital akibat koronavirus setakat semalam.
Penggunaan ICU untuk kes Covid-19 adalah 4.9% daripada 57.6% keseluruhan penggunaan katil ICU.
Menurut laman CovidNow, sebelas pesakit kini menggunakan alat bantuan pernafasan. – 7 Jun, 2022.
__full.jpg)
Komen