Bantuan Syria kandas di sempadan Turki


Trak-trak yang membawa bantuan ke Syria kandas di sempadan. – Gambar AFP, 6 Jun, 2022.

TRAK yang sarat membawa bantuan kemanusian masih tersadai di sempadan Turki-Syria menanti kebenaran memasuki kawasan perang di Syria.

Barangan dibawa termasuklah lampin bayi, selimut, 15 kilo beras, gandum, gula, kacang kuda dan makanan berasaskan kacang untuk kanak-kanak yang menderita kekurangan nutrisi.

Setiap bulan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghantar lebih 800 lori bantuan melalui sempadan Cilvegozu ke Syria menggunakan persimpangan sempadan Bab al-Hawa iaitu satu-satunya laluan yang dibenarkan untuk bantuan PBB itu tiba di Idlib.

Namun ramai yang bimbang PBB tidak lagi dibenarkan melalui sempadan itu bermula 10 Julai ini.

Rusia mengugut untuk menggunakan kuasa veto undian pada Majlis Keselamatan PBB untuk menyekat usaha memperbaharui kebenaran melalui sempadan untuk penghantaran bantuan.

“Saya rasa akan jadi bencana jika resolusi ini tidak diperbaharui,” kata Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Serantau PBB Mark Cutts. – AFP, 6 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen