SEKUMPULAN penembak turut membawa bahan letupan ketika menyerbu sebuah gereja Katolik dan melepaskan tembakan di barat daya Nigeria, semalam, menyebabkan ramai penganut terkorban dan mencederakan yang lain, kata pihak berkuasa.
Keganasan di Gereja St Francis di bandar Owo, Ondo berlaku pada awal pagi dalam satu serangan yang jarang berlaku di Nigeria kerana pengganas dan geng penjenayah biasanya beroperasi di kawasan lain.
Pope Francis dalam satu kenyataan menzahirkan rasa sedih atas insiden itu, ketika sambutan hari cuti Kristian – Pentecost.
Setakat ini tidak ada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Motif dan jumlah kematian belum jelas, tetapi Presiden Muhammadu Buhari mengecam perbuatan membunuh penganut di rumah ibadat. – AFP, 6 Jun, 2022.
Komen