RAFAEL Nadal memenangi Terbuka Perancis buat kali ke-14 dan menambah koleksi kejuaraan Grand Slam ke-22 selepas menewaskan Casper Ruud straight set untuk menjadi juara lelaki tertua di Roland Garros.
Pada aksi final yang mengecewakan, Nadal yang berusia 36 tahun menang 6-3, 6-3, 6-0, di mana kejayaan itu diraih 17 tahun selepas dia memenangi Terbuka Perancis buat kali pertama pada 2005 ketika berusia 19 tahun.
Nadal menang 11 perlawanan terakhir pada aksi final dan kini mendahului dua Slams berbanding pencabarnya, Novak Djokovic dan Roger Federer.
Nadal, pemenang tertua di Paris sejak Andre Gimeno yang berusia 34 tahun pada 1972, tidak pasti akan mengambil bahagian selepas kecederaan kaki kiri yang kronik, yang melanda sepanjang kariernya.
Pemain Sepanyol itu juga memerlukan aksi terbaik dalam 12 jam yang melelahkan sebelum menewaskan Felix Auger-Aliassime, Novak Djokovic dan Alexander Zverev dalam tiga pusingan sebelumnya.
Kemenangannya ke atas pemain ranking kelapan dunia dalam masa dua jam 18 minit pada aksi final itu juga membolehkannya melakar kemenangan buat kali ke-112 berbanding hanya tiga kekalahan sepanjang kejohanan berkenaan. – AFP, 6 Jun, 2022.
Komen