Kita perlu strategi sekuriti perubatan, kata ahli Parlimen


Kekurangan bekalan dalam bidang perubatan tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh menjejaskan keseluruhan sistem kesihatan awam dan swasta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengeluarkan dasar jelas bagi menangani isu kekurangan bekalan ubat, kata Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii hari ini.

Jurucakap kesihatan DAP itu berkata wujud keperluan kini untuk strategi sekuriti perubatan nasional bersifat jangka panjang.

Katanya kekurangan bekalan dalam bidang perubatan tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh menjejaskan keseluruhan sistem kesihatan awam dan swasta, disebabkan ia berpunca daripada isu gangguan bekalan global.

“Pengurungan dua bulan di Shanghai, China dan perang Rusia di Ukraine mencetuskan masalah besar bekalan pelbagai ubat-ubatan preskripsi dan jualan di kaunter (OTC) di Malaysia.

“Begitu pun Kementerian Kesihatan nampaknya meremehkan keseriusan isu ini (dengan mengatakan) kekurangan ubat-ubatan adalah terkawal, isu ini tidak boleh diambil mudah.

“Ini adalah kerana keseluruhan bekalan produk farmaseutikal sudah siap Malaysia sama ada diimport secara langsung, atau diimport secara tidak langsung  melalui import bahan farmaseutikal aktif (APIs) dan perantara farmaseutikal untuk pengeluar tempatan- kedua-duanya boleh diganggu oleh kejadian luar dan lonjakan permintaan ubat-ubatan di peringkat tempatan dan global,” kata Yii lagi.

Menurut laporan media, wujud masalah kekurangan bekalan produk farmaseutikal melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selesema, batuk dan sakit tekak; antibiotik; ubat penahan sakit; ubat-ubatan untuk rawatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam satu kenyataan untuk menjelaskan laporan itu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Norhaliza A. Halim berkata wujud lonjakan permintaan untuk beberapa jenis ubat seperti produk dengan bahan aktif parasetemol bagi rawatan demam dan sakit ringan; vitamin C; serta ubat-ubatan untuk rawatan batuk dan selesama kanak-kanak.

Yii yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Kesihatan, Sains & Inovasi berkata KKM perlu mengeluarkan dasar jelas jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu semasa yang boleh meminimumkan kesannya kepada sistem kesihatan Malaysia. – 5 Jun, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen