KEBAKARAN hutan disebabkan angin kencang di selatan pinggir bandar Athens pada Sabtu, memaksa pemindahan penduduk dan 20 hartanah musnah, kata bomba.
Agensi Perlindungan Awam Greek mengeluarkan amaran kecemasan menerusi SMS untuk orang ramai keluar dari Ano Voula ketika kebakaran hutan semakin tidak terkawal menghampiri rumah mereka.
Pegawai melaporkan tiada kematian dilaporkan tetapi empat kejiranan lagi dipindahkan ketika angin beralih arah dan mengubah haluan kebakaran ke arah bandar berhampiran Vari, kata Datuk Bandar Voula Grigoris Konstantelos kepada Skai TV.
Kostantelos berkata hampir 20 rumah musnah kerana kebakaran itu.
Enam pesawat pengebom air, tiga helikopter dan tangki air majlis tempatan menyokong berpuluh anggota bomba dan 20 kenderaan bomba yang cuba mengawal kebakaran itu.
Pada musim panas lepas, dalam kejadian gelombang haba terburuk sejak berdekad lalu, kebakaran memusnahkan 100,000 hektar hutan, kebakaran hutan terburuk negara itu sejak 2007.
Lebih 200 anggota bomba dan peralatan teknikal disediakan negara Kesatuan Eropah akan dihantar ke Greece bagi membantu usaha mengawal kebakaran itu.
Bulgaria, Finland, Perancis, Jerman, Romania dan Norway akan terlibat dalam usaha itu yang diselaraskan oleh Mekanisma Perlindungan Awam EU. – AFP, 5 Jun, 2022.
Komen