JUMLAH korban letupan lombong arang batu di Colombia naik sembilan orang, dengan enam orang masih belum dikesan, kata Agensi Perlombongan Nasional, semalam.
Jumlah itu naik berbanding tiga kematian dilaporkan sebelum ini dalam kejadian berlaku pada Isnin itu.
Jumlah pekerja hilang pula menurun berbanding lapan orang pada Sabtu.
Hampir 70 pekerja menyelamat masih berusaha mencari mangsa, ketika keluarga pekerja hilang terus menanti di kawasan berhampiran.
Pegawai berkata tembunan gas dipercayai menjadi punca kebakaran, letupan dan runtuhan hampir 90% lombong yang terletak di El Zulia, berhampiran sempadan Venezuela itu.
Gas itu juga menghalang penyelamat untuk menghampiri kawasan itu.
Lombong itu tidak seperti kebanyakan lombong haram lain, beroperasi secara sah dengan permit dikeluarkan pihak berkuasa.
Tahun lepas Colombia melaporkan 148 kematian kemalangan di lombong.
Perlombongan bahan mentah adalah salah satu eksport utama negara itu selain minyak. – AFP, 5 Jun, 2022.
Komen