Juruterbang tentera AS maut nahas jet pejuang di California


Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet terhempas di bandar San Bernardino, selatan California pada petang Jumaat. – Gambar fail EPA, 4 Jun, 2022.

SEORANG juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam nahas jet pejuang di Gurun Mojave, tenggara California, menurut pegawai tentera.

Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet berlepas dari stesen udara tentera laut Lemoore terhempas di bandar San Bernardino, selatan California pada petang Jumaat, lapor Sputnik memetik laporan penyiar KABC-TV.

Nahas berlaku sekitar jam 2.30 petang waktu tempatan (21:30 GMT).

Pasukan keselamatan dan anggota bomba dari stesen senjata udara tentera laut Tasik China dikerah ke lokasi kejadian.

Punca nahas sedang disiasat. – Bernama, 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen