Seorang maut, 8 cedera kereta api laju tergelincir di China


Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur. – Gambar fail EPA, 4 Jun, 2022.

SEORANG pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada jam 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, wilayah Guizhou di barat daya China, menurut China State Railway Group Co Ltd.

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika kereta api itu menghampiri stesen Rongjiang, menurut syarikat itu.

Mangsa yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang, lapor Xinhua.

Mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala 136 penumpang lain dipindahkan.

Siasatan berhubung kemalangan sedang dijalankan. – Bernama, 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen