Puteri Yuriko sambut ulang tahun kelahiran ke-99


Puteri Yuriko, ibu saudara Maharaja Emeritus Akihito, kini adalah kerabat tertua dalam salasilah keturunan keluarga diraja Jepun. – Gambar fail EPA, 4 Jun, 2022.

PUTERI Yuriko menyambut ulang tahun kelahiran ke-99 pada Sabtu, meskipun tiada sambutan khas susulan kebimbangan wabak Covid-19 melanda Jepun, Sputnik memetik laporan media tempatan.

Nippon TV melaporkan pada Sabtu Puteri Yuriko, ibu saudara Maharaja Emeritus Akihito, kini adalah kerabat tertua dalam salasilah keturunan keluarga diraja Jepun.

Menurut agensi rumah tangga Imperial, puteri itu menetap di Wad Minato Tokyo dan menjalani rutin hidup yang sihat setiap hari.

Puteri Yuriko tidak mempunyai masalah kesihatan kronik.

Pada Mac 2021, baginda menerima rawatan singkat di hospital selepas didapati menghidap fibrilasi atrium paroxysmal (degupan jantung tidak teratur). – Bernama, 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen