MALAYSIA merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 semalam, dengan 1,844 kes dilaporkan berbanding 1,877 kes kelmarin.
Menurut laman web CovidNow, jumlah kes Covid-19 di Malaysia sejak pandemik bermula kini mencecah 4,512,040 kes.
Selangor melaporkan kes baharu tertinggi semalam dengan 813 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (375) dan Perak (129).
Negeri Sembilan pula melaporkan 112 kes, Pulau Pinang (111), Johor (39), Sarawak (28), Melaka (65), Putrajaya (26), Kedah (44), Pahang (19), Sabah (51), Terengganu (13), Kelantan (14) dan Perlis (5).
Tiada kes baharu dilaporkan di Labuan.
Kementerian Kesihatan juga melaporkan satu kematian disebabkan Covid-19 semalam, yang berlaku di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan korban wabak negara kini 35,680 orang.
Tiada kes kematian dibawa ke hospital dilaporkan.
Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) kekal 27 orang dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 4 Jun, 2022.

Komen