3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir di Jerman


Seorang pegawai memeriksa tempat kejadian kereta api tergelincir yang meragut tiga nyawa berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman. – Gambar EPA, 4 Jun, 2022.

SEBUAH kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat. – Bernama, 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen