TURKI memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), atas arahan presidennya, bermula sekarang ia mahu digelar Turkiye dalam semua bahasa, umum PBB.
“Perubahan itu serta-merta,” kata jurucakap ketua PBB Stephane Dujarric.
Beliau berkata surat rasmi Ankara memohon perubahan itu diterima di ibu pejabat PBB di New York pada Rabu.
Sehari sebelumnya, Menteri Luar Turki Mevlut Cavasoglu memuat naik di Twitter gambarnya menandatangani surat itu, yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
“Dengan surat ini, kami mendaftarkan nama negara kami dalam bahasa asing di PBB sebagai ‘Turkiye’,” katanya.
Sejak lebih dua tahun lalu, negara itu berusaha menjenamakan produknya daripada “buatan Turki” kepada “buatan Turkiye”. – AFP, 3 Jun, 2022.
Komen