KKM lapor 1,877 kes baharu Covid-19, 2 kematian


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada lebih 4.5 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2022.

SEBANYAK 1,877 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 4,510,196, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow menunjukkan Selangor catat angka harian tertinggi iaitu 886 kes, diikuti Kuala Lumpur (315) dan Perak (141).

Di negeri-negeri lain, 125 kes dilaporkan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan (121), Putrajaya (57), Melaka (55), Kedah (46), Johor (42), Sabah (32), Pahang (17),  Sarawak (14), Kelantan (14), Terengganu (7), Perlis (4) dan Labuan (1).

Sementara itu, menurut data GitHub KKM sebanyak dua kematian akibat Covid-19 dicatat semalam, iaitu satu kes masing-masing di Johor dan Kedah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 mencecah 35,680 kes sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020. – 3 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen